Wednesday, December 1, 2010

Bagaimana Untuk Memulakan Sebuah Perniagaan

Saya sangat menyarankan bahawa setiap bakal pengusaha melakukan terlebih dahulu rancangan perniagaan. Dengan melakukan rancangan perniagaan anda akan jauh lebih bersedia dan tahu apakah idea perniagaan anda itu sesuai. Cuba artikel berikut untuk jalan pintas. Namun, saya memberi amaran kepada anda pada mengikuti jalan pintas melainkan anda benar2 berpengalaman atau berpengetahuan luas tentang kawasan anda. Teruskan dengan hati-hati tanpa rancangan perniagaan!

Bagaimana menjadikan perniagaan anda itu unik, dan mengapa akan barang atau perkhidmatan itu menarik hati pelanggan? Apakah perbezaan utama antara syarikat anda dan pesaing anda? Apa faktor pendorong bagi pelanggan untuk memilih jenama anda dari yang lain?

Dengan kata lain, apakah alasan yang mendasari seorang pelanggan yang akan melakukan perniagaan dengan syarikat anda?

1) Menentukan visi dan perniagaan anda

Mendefinisikan visi anda adalah penting. Ini akan menjadi kekuatan dan pendorong perniagaan anda. Ini adalah soalan yang akan membantu anda menjelaskan visi anda:

  • Siapakah bakal pelanggan anda?
  • Apakah usahaniaga yang hendak anda lakukan?
  • Apa yang ingin anda jual (produk / perkhidmatan)?
  • Apakah perancangan untuk pertumbuhan masa hadapan?
  • Apa kelebihan utama anda?

2) Tuliskan matlamat sasaran pencapaian anda.

Buat senarai sasaran dengan keterangan singkat tentang tindakan susulan. Jika perniagaan anda telah pun dimulakan, anda hendaklah lebih berusaha untuk tujuan jangka pendek. Seringkali konsep perniagaan baru harus melewati tempoh kajian dan pembangunan sebelum hasilnya dapat diramal secara tepat untuk jangka masa yang lebih lama
.

Membuat dua set tujuan:

1. Jangka pendek: Bermula dari enam hingga 12 bulan

2. Jangka panjang: Bolehjadi dua hingga lima tahun untuk dicapai.

Jelaskan, secara khusus , apakah yang anda mahu. Mulailah dengan tujuan peribadi anda. Kemudian senarai tujuan perniagaan anda. Jawab soalan ini:

  • Sebagai pemilik perniagaan ini, apa yang anda ingin capai?
  • Seberapa besar atau kecil anda mahukan pada perniagaan ini?
  • Adakah anda ingin memasukan ahli keluarga dalam perniagaan anda?
  • Adakah anda ingin menyediakan lapangan kerja, atau mungkin, anda mempunyai pendapat yang kuat untuk tidak mahu mempunyai pekerja @ menguruskan orang?
  • Bagaimana anda melihat perniagaan anda dapat membuat perbezaan dalam kehidupan pelanggan anda?

3) Fahami Pelanggan Anda

Hal ini tidak realistik untuk mengharapkan anda dapat memenuhi keperluan semua orang, tiada perniagaan pun yang dapat memenuhi kehendak pelanggannya 100%. Pilih sasaran pasaran anda dengan hati-hati. Mengabaikan perkara ini, saya jamin anda akan kecewa dengan prestasi perniagaan anda. Memberikan perhatian! dan anda akan lebih dari senang dengan hasilnya.

Keperluan

Keperluan apakah yang biasa nya tidak dapat dipenuhi oleh para pesaing kepada bakal pelanggan anda (sekarang) ? Bagaimana perniagaan anda dapat memenuhi keperluan tersebut?
Adalah biasa sesuatu pelanggan tidak dapat memiliki atau memenuhi segala keperluan nya pada saat ini. Kenalpasti keperluan tersebut.

Keinginan

Fikirkan apakah harapan dan keinginan bakal pelanggan anda? Hal ini juga boleh jadi disebaliknya.

Masalah

Ingat! orang membeli sesuatu barangan/produk adalah untuk menyelesaikan suatu masalah tertentu. Apakah produk atau perkhidmatan anda dapat menyelesaikan masalah mereka (bakal pelanggan) ?

Persepsi

Apa persepsi positif & negatif para pelanggan terhadap perniagaan anda, kerjaya anda, produk atau perkhidmatan yang anda ingin berikan? Mengenalpasti akibat yang baik positif atau pun negatif. Semua hasil permerhatian tadi anda boleh menggunakan ketika anda mula memasarkan dan mempromosikan perniagaan anda.


4) Belajar Dari Pesaing Anda


Anda dapat belajar tentang perniagaan anda dan para pelanggan dengan melihat bagaimana pesaing anda melakukan perniagaan. Ini adalah beberapa soalan untuk membantu anda belajar dari persaingan dan tumpuan kepada pelanggan anda:

  • Apa yang anda ketahui tentang sasaran pasaran anda?
  • Apa pesaing anda miliki?
  • Bagaimana pesaing anda mendekati/memenangi pasaran?
  • Apa kelemahan dan kekuatan pesaing anda?
  • Bagaimana anda dapat memperbaiki pendekatan yang telah persaing anda ambil?
  • Apa gaya hidup, demografi dan psikografik dari pelanggan ideal anda?

5) Perkaitan Kewangan

Bagaimana anda boleh menghasilkan wang? Apa titik pulang keuntungan anda? Berapa potensi keuntungan yang perniagaan anda boleh capai? Luangkan masa dalam penyusunan unjuran kewangan.

Unjuran ini harus mengambil kira jangka masa penagihan piutang akaun (akaun hutang pelanggan) serta syarat bayaran untuk pembekal anda. Sebagai contoh, anda boleh membayar bil anda dalam 30 hari, namun perlu menunggu 45-60 hari untuk mendapatkan bayaran dari pelanggan anda

Sebuah unjuran arus tunai akan menunjukkan berapakah banyak modal kerja yang anda perlukan.

Saya cadangkan anda fikir tentang enam asas perkaitan kewangan:

1. Pelaburan Mula
2. Unjuran
3. Modal Tadbir Urus Bulanan
4. Ramalan Jualan
5. Aliran Tunai Terkumpul
6. Titik Pulang Modal

6) Mengenal Pasti Strategi Pemasaran Anda

Ada empat langkah untuk mencipta strategi pemasaran untuk perniagaan anda:

1. Mengenalpasti Semua Sasaran Pasaran Anda:

Kenalpasti pelanggan ideal anda atau target pasaran anda. Sebahagian besar syarikat memperolehi 80% dari perniagaan mereka daripada 20% daripada pelanggan tetap mereka. Masuk akal maka untuk mengarahkan masa dan tenaga terhadap para pelanggan yang paling penting. (pelanggan tetap)

2. Kelayakan Terbaik Target Pasaran

tujuan dari langkah ini adalah untuk mengenal pasti dan menentukan profil pelanggan yang dapat memenuhi peluang terbaik untuk berjaya. Strategi nya adalah meletakkan perniagaan anda di tahap yang sama dengan majoriti pembeli anda harapkan. Hal ini penting untuk mencari siapakah pelanggan anda yang terbaik dan bagaimanakah cara yang terbaik untuk memastikan kedudukan syarikat anda berada yang teratas di pasaran.

3. Mengenalpasti Wadah, Strategi dan Kaedah Yang Sesuai

Pasar yang anda tidak terobos adalah pasaran anda tidak mampu/ tidak dapat melayani. Pemasaran adalah proses mencari, berkomunikasi dan mendidik pasaran primer anda tentang produk dan perkhidmatan anda. Memilih kombinasi wadah dan strategi, yang ketika mana digabungkan, akan dapat meningkatkan peluang kejayaan anda.

4. Uji Strategi Pemasaran dan Wadah Yang Digunakan

Luangkan masa untuk menguji semua strategi pemasaran dan wadah yang telah digunakan, terutama ketika anda membuat pengeluaran besar.










Memulakan Sebuah Perniagaan

Komunikasi pemasaran yang berkesan dan program iklan dapat memainkan peranan penting dalam kejayaan usaha kecil. Dapatkan idea-idea praktikal dalam blog ini untuk mempromosikan jenama syarikat anda.